Taiga Fujimura
Taiga Fujimura

Taiga Fujimura

Taiga Fujimura (藤村 大河, Fujimura Taiga) merupakan seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.Taiga merupakan guru matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah Shirō, guru kelasnya serta guru penasihat kelab Dojo Kyudo sekolah. Dia tidak menyenangi nama gelarannya iaitu Tiger (タイガー, Taigā, secara literal "Harimau") ("Taiga" dan Tiger berbunyi sama dalam bahasa Jepun), meskipun Shirō memanggilnya sekadar "Fuji-nee" (Kak Fuji) sahaja. Selepas kematian Kiritsugu, Taiga menjadi penjaga Shirō dan telah tinggal bersama-samanya buat beberapa tahun. Taiga dan Shirō sangat rapat dengan diri masing-masing, dan Shirō dianggapnya sebagai adik lelakinya sendiri. Seiyu watak Taiga Fujimura ialah Miki Itou, dan alihan suara bahasa Inggerisnya dilakukan oleh Julie Anne Taylor.[1]